Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مكارمُ الأخلاقِ من أعمالِ أهلِ الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Akhlak yang mulia itu merupakan antara amalan para penghuni syurga.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 23, hadis no. 62. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن حميد الطويل، قال: دخلنا على أنس بن مالك - رضي الله عنه - نعوده من وجع أصابه، فقال لجاريته: اطلبي لأصحابنا ولوكسرا فإني سمعتُ رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((مكارم الأخلاق من أعمال أهل الجنة)). [ابن أبي الدنيا في ((مكارم الأخلاق))، طس، ابن الأعرابي، تمام، السلفي في ((الطيوريات))، ابن عساكر، الضياء في ((جزء من حديثه))، ((الضعيفة)) (1280)]
(Munkar) Daripada Humaid al-Thowil beliau berkata: Kami bertemu dengan Anas bin Malik RA untuk menziarahi beliau atas penyakit yang menimpanya. Lalu beliau berkata kepada hamba perempuan beliau: Carilah sesuatu untuk sahabat kami sekalipun ianya cebisan; Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akhlak yang mulia itu merupakan antara amalan para penghuni syurga". [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Makarim al-Akhlak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn al-A’rabi, Tamam, al-Salafi dalam al-Thuyuriyyat, Ibn ‘Asakir, al-Dhiya’ fi min Juz min Hadisihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1280]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman