TEKS BAHASA ARAB
مكارم الأخلاق عشرة تكون في الرجل ولا تكون في ابنه وتكون في الابن ولا تكون في الأب وتكون في العبد ولا تكون في سيده يقسمها الله لمن أراد به السعادة: صدق الحديث وصدق البأس وإعطاء السائل والمكافأة بالصنائع وحفظ الأمانة وصلة الرحم والتذمم للجار والتذمم للصاحب وإقراء الضيف ورأسهن الحياء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Akhlak yang mulia ada 10; ada yang terdapat pada seseorang lelaki namun tidak ada pada anaknya, ada yang terdapat pada anak namun tidak ada pada si ayah, ada yang terdapat pada hamba namun tidak ada pada tuannya. Allah membahagikannya kepada sesiapa yang inginkan kebahagiaan, iaitu: bercakap benar, keberanian yang benar, memberi kepada yang meminta, membalas baik bagi perbuatan baik, menjaga amanah, menghubungkan silaturahim, menjaga kehormatan jiran, menjaga kehormatan sahabat, dan memuliakan tetamu serta yang paling utama ialah perasaan malu.
STATUS
Mawquf
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 71, hadis nombor 400. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Thabit bin Yazid, beliau seorang perawi majhul (tidak dikenali) . Al-Hakim berkata: Sepatutnya tanggungan diletakkan kepada beliau, maksudnya sebagai orang yang memalsukan hadith tersebut.
[Saya berkata]: Sebetulnya ia mawquf (disandarkan kepada sahabat).
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.