Mawquf

30/06/2024

minit bacaan



Akhlak yang mulia ada 10

Teks Bahasa Arab

مَكَارِمُ الأَخْلاَقِ عَشْرَةٌ تَكُونُ فِي الرَّجُلِ وَلاَ تَكُونُ فِي ابْنِهِ تَكُونُ فِي الابْنِ وَلاَ تَكُونُ فِي الأَبِ وَتَكُونُ فِي الْعَبْدِ وَلاَ تَكُونُ فِي سَيِّدِهِ يَقْسِمُهَا الله لِمَنْ أَرَادَ بِهِ السَّعَادَةَ: صِدْقُ الحَدِيثِ وَصِدْقُ الْبَأْسِ وَإِعْطَاءُ السَّائِلِ وَالمُكَافَأَةُ بِالصَّنَائِعِ وَحِفْظُ الأَمَانَةِ وَصِلَةُ الرَّحِمِ وَالتَّذَمُّمُ لِلْجَارِ وَالتَّذَمُّمُ لِلصَّاحِبِ وَإِقْرَاءُ الضَّيْفِ وَرَأْسُهُنَّ الحَيَاءُ.

Teks Bahasa Melayu

Akhlak yang mulia ada 10; ada yang terdapat pada seseorang lelaki namun tidak ada pada anaknya, ada yang terdapat pada anak namun tidak ada pada si ayah, ada yang terdapat pada hamba namun tidak ada pada tuannya. Allah membahagikannya kepada sesiapa yang inginkan kebahagian, iaitu: bercakap benar, keberanian yang benar, memberi kepada yang meminta, membalas baik bagi perbuatan baik, menjaga amanah, menghubungkan silaturahim, menjaga kehormatan jiran, menjaga kehormatan sahabat, dan memuliakan tetamu, serta yang paling utama ialah perasaan malu.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Mawquf

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 71, hadis no. 400. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Thabit bin Yazid, beliau seorang perawi majhul (tidak dikenali) . Al-Hakim berkata: Sepatutnya tanggungan diletakkan kepada beliau, maksudnya sebagai orang yang memalsukan hadith tersebut. [Saya berkata]: Sebetulnya ia mawquf (disandarkan kepada sahabat).

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.