Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سوء الخُلُقِ شؤمٌ ، وشِرارُكم أسْوَؤُكم خُلُقًا.
Teks Bahasa Melayu
Akhlak yang buruk merupakan suatu kejahatan dan sejahat-jahat kamu adalah mereka yang paling buruk akhlaknya daripada kalangan kamu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 19, hadis no. 44. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((سوء الخلق شؤم، وشراركم أسوءكم خلقا)). [حل، خط، ((الضعيفة)) (795)]
(Palsu) Daripada A'isyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akhlak yang buruk merupakan suatu kejahatan dan sejahat-jahat kamu adalah mereka yang paling buruk akhlaknya daripada kalangan kamu. [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.795]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman