Batil Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سوءُ الخلقِ ذنبٌ لا يغفَرُ، وسوءُ الظنِّ خطيئةٌ تفوحُ.
Teks Bahasa Melayu
Akhlak yang buruk merupakan satu dosa yang tidak akan diampunkan manakala sangkaan yang buruk adalah satu kejahatan yang berat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis no. 17. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل لا أصل له) ((سوء الخلق ذنب لا يغفر، وسوء الظن خطيئة تفوح)). [((الضعيفة)) (125)]
(Batil Tiada Asal Baginya) Akhlak yang buruk merupakan satu dosa yang tidak akan diampunkan manakala sangkaan yang buruk adalah satu kejahatan yang berat. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.125]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman