Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سوءُ الخلُقِ يفسدُ العملَ كما يُفسِدُ الخلُّ العسلَ.
Teks Bahasa Melayu
Akhlak yang buruk akan merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 67, hadis no. 306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((سوء الخلق يفسد العمل كما يفسد الخل العسل)). [الدامغاني في ((الأحاديث والحكايات))، ((الضعيفة)) (3709)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘: “Akhlak yang buruk akan merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.” [Riwayat al-Dāmighānī dalam al-Aḥādīth wa al-Ḥikāyāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3709)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman