Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخُلُقُ الحَسَنُ لَا يُنْزَعُ إِلَّا مِنْ وَلَدِ حَيْضَةٍ أوْ وَلَدِ زَانِيَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Akhlak yang baik tidak akan tercabut melainkan daripada anak (yang terhasil daripada persetubuhan sewaktu) wanita haid atau anak wanita penzina.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 35, hadis no. 171. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Demikian juga suatu pendusta atas nama Rasulullah SAW tidak wujud menlainkan dari persetubuhan ini bahkan lebih teruk. Ucapan ini lebih hampir kepada ucapan orang-orang bodoh dan dungu berbanding ucapan orang-orang yang mempunyai kelebihan, apatah lagi kalam penghulu sekalian manusia (Rasulullah SAW). Saya tidak tahu di mana letaknya akal penulis (al-Suyuti) ketika beliau menulis ucapan yang bodoh seperti ini dan menisbahkannya kepada Rasulullah SAW.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman