Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حُسنُ الخُلُقِ زمامٌ من رحمةِ اللَّهِ في أنفِ صاحبِه والزِّمامُ بيدِ الملَكِ والملَكُ يجرُّهُ إلى الخيرِ والخيرُ يجرُّهُ إلى الجنَّةِ وسوءُ الخلقِ زمامٌ من عذابِ اللَّهِ في أنفِ صاحبِهِ والزِّمامُ بيدِ الشَّيطانِ والشَّيطانُ يجرُّهُ إلى الشَّرِّ والشَّرُّ يجرُّهُ إلى النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Akhlak yang baik merupakan tali daripada rahmat Allah SWT terhadap hidung pemiliknya dan tali itu berada di tangan malaikat. Malaikat pula menariknya ke arah kebaikan dan kebaikan membawanya menuju ke syurga. Manakala akhlak yang buruk pula adalah tali daripada azab Allah SWT pada hidung pemiliknya. Tali itu berada di tangan syaitan dan syaitan menariknya ke arah kejahatan. Kejahatan pula membawa ke dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Abu Musa al-Ash'ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 126, hadis no. 644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: حسن الخلق زمام من رحمة الله في أنف صاحبه والزمام بيد الملك والملك يجره إلى الخير والخير يجره إلى الجنة وسوء الخلق زمام من عذاب الله في أنف صاحبه والزمام بيد الشيطان والشيطان يجره إلى الشر والشر يجره إلى النار. [هب، الضعيفة (6272)]
(Munkar) Daripada Abū Mūsā al-Ash‘arī RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akhlak yang baik merupakan tali daripada rahmat Allah SWT terhadap hidung pemiliknya dan tali itu berada di tangan malaikat. Malaikat pula menariknya ke arah kebaikan dan kebaikan membawanya menuju ke syurga. Manakala akhlak yang buruk pula adalah tali daripada azab Allah SWT pada hidung pemiliknya. Tali itu berada di tangan syaitan dan syaitan menariknya ke arah kejahatan. Kejahatan pula membawa ke dalam neraka. [Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6272]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman