Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حسنُ الخلقِ خلقُ اللهِ الأعظمِ.
Teks Bahasa Melayu
Akhlak yang baik merupakan ciptaan Allah SWT yang paling agung.
Sahabat Perawi
- ‘Ammār bin Yāsir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 57, hadis no. 249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمار بن ياسر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((حسن الخلق خلق الله الأعظم)). [ابن منده منده، حل، ((الضعيفة)) (3490)].
(Palsu) Daripada ‘Ammār ibn Yāsir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Akhlak yang baik merupakan ciptaan Allah SWT yang paling agung.)) [Riwayat Ibn Mandah dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3490].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman