Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حُسْنُ الخُلُقِ يُذيبُ الخطايا كما يُذيبُ الشمسُ الجليدَ، [وإنَّ الخُلُقَ السوءَ يُفسدُ العملَ كما يُفسدُ الخَلُّ العسلَ].
Teks Bahasa Melayu
Akhlak yang baik akan mencairkan dosa-dosa sebagaimana matahari mencairkan ais. Dan sesungguhnya akhlak yang buruk merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 14, hadis no. 12. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akhlak yang baik akan mencairkan dosa-dosa sebagaimana matahari mencairkan ais. Dan sesungguhnya akhlak yang buruk merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.440]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman