Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخُلقُ الحَسَنُ يُذِيْبُ الخَطَايَا كَمَا يُذِيبُ الماءُ الجَلِيدَ، والخُلقُ السوءُ يُفْسِدُ العَمَلَ كَمَا يُفْسِدُ الخَلُّ العَسَلَ.
Teks Bahasa Melayu
Akhlak yang baik akan mencairkan dosa-dosa sebagaimana air mencairkan ais. Dan sesungguhnya akhlak yang buruk merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis no. 13. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((الخلق الحسن يذيب الخطايا كما يذيب الماء الجليد، [والخلق السوء يفسد العمل كما يفسد الخل العسل])). [طب، طس، أبو محمد القاري في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (441)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akhlak yang baik akan mencairkan dosa-dosa sebagaimana air mencairkan ais. Dan sesungguhnya akhlak yang buruk merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Muhammad al-Qari dalam Hadisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.441]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman