Akhlak yang baik adalah tali kekang daripada rahmat Allah pada hidung empunya

TEKS BAHASA ARAB

حسن الخلق زمام من رحمة الله في أنف صاحبه، والزمام بيد الملك، والملك يجره إلى الخير، والخير يجره إلى الجنة، وسوء الخلق زمام من عذاب الله في أنف صاحبه، والزمام بيد الشيطان، والشيطان يجره إلى الشر، والشر يجره إلى النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akhlak yang baik adalah tali kekang daripada rahmat Allah pada hidung empunya, tali kekang itu berada di tangan Allah dan Allah memandunya kepada kebaikan dan kebaikan pula memandunya kepada syurga. Sedangkan akhlak buruk pula adalah tali kekang daripada azab Allah yang ada di hidung empunya. Tali kekang itu berada di tangan syaitan, syaitanlah yang memandunya kepada kejahatan dan kejahatan pula memandunya kepada neraka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1379, hadis nombor 7020. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: حسن الخلق زمام من رحمة الله في أنف صاحبه، والزمام بيد الملك، والملك يجره إلى الخير، والخير يجره إلى الجنة، وسوء الخلق زمام من عذاب الله في أنف صاحبه، والزمام بيد الشيطان، والشيطان يجره إلى الشر، والشر يجره إلى النار.
[هب، ((الضعيفة)) (6272)]

(Munkar)
Daripada Abi Musa al-Ash’ari RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Akhlak yang baik adalah tali kekang daripada rahmat Allah pada hidung empunya, tali kekang itu berada di tangan Allah dan Allah memandunya kepada kebaikan dan kebaikan pula memandunya kepada syurga. Sedangkan akhlak buruk pula adalah tali kekang daripada azab Allah yang ada di hidung empunya. Tali kekang itu berada di tangan syaitan, syaitanlah yang memandunya kepada kejahatan dan kejahatan pula memandunya kepada neraka.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6272]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs