Classification icon

Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Akhlak itu kesemuanya adalah keluarga Allah SWT. Maka akhlak yang paling Allah SWT sukai adalah yang paling memberi manfaat kepada keluarganya

Teks Bahasa Arab

الخلقُ كلُّهمْ عِيالُ اللهِ، فأحبُّهمْ إلى اللهِ أنفعُهُم لعيالهِ.

Teks Bahasa Melayu

Semua ciptaan Allah itu kesemuanya adalah keluarga Allah SWT. Maka makhluk yang paling Allah SWT sukai adalah yang paling memberi manfaat kepada keluarganya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 63 - 64, hadis no. 285. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الخلق كلهم عيال الله، فأحبهم إلى الله أنفعهم لعياله)). [ع، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، الحارث، الطبراني في ((مكارم الأخلاق))، أبو عمر ابن منده في ((أحاديثه))، أبو الحسن القزويني في ((الأمالي))، أبو بكر الخبائري في ((الأمالي))، ابن النقور في ((القراءة على الوزير ابن القاسم))، الباطرقاني في ((مجلس من الأمالي))، المخلص في ((مجلس السبعة))، القضاعي، ((نصر المقدسي في ((الأربعين))، ((الضعيفة)) (3590)].

(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Semua ciptaan Allah itu kesemuanya adalah keluarga Allah SWT. Maka makhluk yang paling Allah SWT sukai adalah yang paling memberi manfaat kepada keluarganya.)) [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Al-Mukhalliṣ dalam al-Fawā’id al-Muntaqāh, al-Ḥārith dalam Musnadnya, al-Ṭabarānī dalam Makārim al-Akhlāq, Abu ‘Umar Ibn Mandah dalam Aḥādīth beliau, Abū al-Ḥasan al-Qazwīnī dalam al-Amālī, Abū Bakr al-Khabā’irī dalam al-Amālī, Ibn al-Naqūr dalam al-Qirā’ah ‘ala al-Wazīr Ibn al-Qāsim, al-Bāṭirqānī dalam Majlis min al-Amālī, al-Mukhalliṣ dalam al-Majālis al-Sab‘ah, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, Nasr al-Maqdisī dalam al-Arba īn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah no. 3590].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.