Akhlak Islam yang paling baik adalah diam

TEKS BAHASA ARAB

قيم الدين الصلاة، وسنام العمل الجهاد، وأفضل أخلاق الإسلام الصمت؛ حتى يسلم الناس منك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiang agama adalah solat, amalan tertinggi adalah jihad, akhlak Islam yang paling baik adalah diam, sehingga (dengannya) ramai orang terselamat daripada (bahaya kata-kata) kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 76, hadis nombor 366. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن وهب بن منبه، قال: إن رجلاً سأل النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: يا رسول الله! ما أفضل الأعمال؟ قال: ((قيم الدين الصلاة، وسنام العمل الجهاد، وأفضل أخلاق الإسلام الصمت؛ حتى يسلم الناس منك)). [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (4069)].

(Lemah)
Daripada Wahab bin Munabbih beliau berkata: Sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling baik?” Baginda menjawab: ((Tiang agama adalah solat, amalan tertinggi adalah jihad, akhlak Islam yang paling baik adalah diam, sehingga (dengannya) ramai orang terselamat daripada (bahaya kata-kata) kamu.))
[Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4069].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs