Akhlak buruk merupakan suatu kejahatan

TEKS BAHASA ARAB

سوء الخلق شؤم، وحسن الملكة نماء، والصدقة تدفع ميتة السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akhlak yang buruk merupakan suatu kejahatan, sebaik-baik pemilikan (harta) adalah yang bercambah, dan dengan bersedekah dapat menghalang daripada kematian yang buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 19, hadis nombor 43. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رافع بن مكيث – رضي الله عنه – مرفوعا: ((سوء الخلق شؤم، وحسن الملكة نماء، والصدقة تدفع ميتة السوء)).
[حم، عباس الدوري في ((التاريخ))، ابن معين في ((العلل))، ابن عساكر، د، ((الضعيفة)) (794)]

(Lemah) Daripada Rafi’ bin Mukais RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akhlak yang buruk merupakan suatu kejahatan, sebaik-baik pemilikan (harta) adalah yang bercambah, dan dengan bersedekah dapat menghalang daripada kematian yang buruk.
[Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, Abbas al-Duri dalam al-Tarikh, Ibn Ma’in dalam al-‘Ilal, Ibn ‘Asakir, Sunan Abī Dāwud. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.794]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs