Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سوء الخُلُقِ شؤمٌ، وحُسنُ المَلَكةِ نَماءٌ، والصدقةُ تَدفعُ مِيتةَ السُّوءِ.
Teks Bahasa Melayu
Akhlak yang buruk merupakan suatu kejahatan, sebaik-baik pemilikan (harta) adalah yang bercambah, dan dengan bersedekah dapat menghalang daripada kematian yang buruk.
Sahabat Perawi
- Rafi’ bin Mukais RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 19, hadis no. 43. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رافع بن مكيث - رضي الله عنه - مرفوعا: ((سوء الخلق شؤم، وحسن الملكة نماء، والصدقة تدفع ميتة السوء)). [حم، عباس الدوري في ((التاريخ))، ابن معين في ((العلل))، ابن عساكر، د، ((الضعيفة)) (794)]
(Daif) Daripada Rafi’ bin Mukais RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akhlak yang buruk merupakan suatu kejahatan, sebaik-baik pemilikan (harta) adalah yang bercambah, dan dengan bersedekah dapat menghalang daripada kematian yang buruk. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal, Abbas al-Duri dalam al-Tarikh, Ibn Ma’in dalam al-‘Ilal, Ibn ‘Asakir, Abī Dāwud. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.794]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman