Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Akhlak-akhlak yang mulia itu ada sepuluh

Teks Bahasa Arab

مكارمُ الأخلاقِ عشرةٌ تكونُ في الرجلِ ولا تكونُ في ابنِه، وتكونُ في الابنِ ولا تكونُ في أبيه، وتكونُ في العبدِ ولا تكونُ في سيدِه، فقَسَمَها اللهُ عز وجل لمن أراد السعادةَ: صِدْقُ الحديثِ، وصِدْقُ البأسِ، وحِفْظُ اللسانِ، وإعطاءُ السائلِ، والمكافأةُ بالصنائعِ، وأداءُ الأمانةِ، وصِلةُ الرَّحِمِ، والتذمُّمُ للجارِ، والتذمُّمُ للصاحبِ، وإقراءُ الضيفِ، ورأسُهن الحياءُ.

Teks Bahasa Melayu

Akhlak-akhlak yang mulia itu ada sepuluh terdapat pada seorang lelaki namun tidak pada anak lelakinya. Ada pada anak lelaki namun tidak ada pada bapanya, ada pada hamba namun tidak ada pada tuannya. Maka Allah Azzawajalla membahagikannya buat mereka yang inginkan kebahagiaan: Bercakap jujur, ketenangan yang benar, menjaga lidah, memberi kepada orang yang meminta, membalas kebaikan yang diberikan, menunaikan amanah, menghubungkan ikatan kekeluargaan (silaturahim), menjaga maruah jiran, menjaga maruah sahabat, memuliakan tetamu, dan (akhlak) yang paling tinggi adalah perasaan malu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 20, hadis no. 51. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((مكارم الأخلاق عشرة تكون في الرجل ولا تكون في ابنه، وتكون في الابن ولا تكون في أبيه، وتكون في العبد ولا تكون في سيده، فقسمها الله -عز وجل- لمن أراد السعادة: صدق الحديث، وصدق البأس، وحفظ اللسان، وإعطاء السائل، والمكافأة بالصنائع، وأداء الأمانة، وصلة الرحم، والتذمم للجار، والتذمم للصاحب، وإقراء الضيف، ورأسهن الحياء)). [تمام، ((الضعيفة)) (719)]

(Terlalu Daif) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akhlak-akhlak yang mulia itu ada sepuluh terdapat pada seorang lelaki namun tidak pada anak lelakinya, ada pada anak lelaki namun tidak ada pada bapanya. Ada pada hamba namun tidak ada pada tuannya. Maka Allah Azzawajalla membahagikannya buat mereka yang inginkan kebahagiaan: Bercakap jujur, ketenangan yang benar, menjaga lidah, memberi kepada orang yang meminta, membalas kebaikan yang diberikan, menunaikan amanah, menghubungkan ikatan kekeluargaan (silaturahim), menjaga maruah jiran, menjaga maruah sahabat, memuliakan tetamu, dan (akhlak) yang paling tinggi adalah perasaan malu. [Riwayat Tamam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.719]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.