Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Akhlak adalah bekas bagi agama

Teks Bahasa Arab

‌الخُلُقُ ‌وِعاءُ ‌الدِّينِ.

Teks Bahasa Melayu

Akhlak adalah bekas bagi agama.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 35, hadis no. 173. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Tidak ada asalnya, al-Hakim tidak meriwayatkannya secara bersanad. Maka boleh dianggap satu keaiban bagi penulis (al-Suyuti) kerana menyandarkan hadith tersebut kepada al-Hakim. Ini kerana, ia boleh menyebabkan disangka bahawa al-Hakim telah mengeluarkannya dengan bersanad, sedangkanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.