TEKS BAHASA ARAB
اللهم عافني في قدرتك، وأدخلني في رحمتك، واقض أجلي في طاعتك، واختم لي بخير عمل، واجعل ثوابه الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ya Allah! Berilah aku keafiatan dengan kekuasan-Mu dan masukkanlah aku ke dalam rahmat-Mu, dan ambillah nyawaku ketika dalam ketaatan kepada-Mu, dan akhirilah hidupku dengan amal kebaikan dan jadikannya sebagai ganjaran syurga.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1577, hadis nombor 7982. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: اللهم عافني في قدرتك، وأدخلني في رحمتك، واقض أجلي في طاعتك، واختم لي بخير عمل، واجعل ثوابه الجنة.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7143)].
(Sangat lemah)
Daripada Abdullah bin Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW telah berdoa: Ya Allah! Berilah aku keafiatan dengan kekuasan-Mu dan masukkanlah aku ke dalam rahmat-Mu, dan ambillah nyawaku ketika dalam ketaatan kepada-Mu, dan akhirilah hidupku dengan amal kebaikan dan jadikannya sebagai ganjaran syurga.
[Riwayat Ibn Asakir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7143].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.