Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهم عافِني في قُدرتِك، وأَدخِلني في رحمتِك، واقضِ أجلي في طاعتِك، واختمْ لي بخيرِ عملٍ، واجعلْ ثوابَه الجنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Berilah aku keafiatan dengan kekuasan-Mu dan masukkanlah aku ke dalam rahmat-Mu, dan ambillah nyawaku ketika dalam ketaatan kepada-Mu, dan akhirilah hidupku dengan amal kebaikan dan jadikannya sebagai ganjaran syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1577, hadis no. 7982. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW telah berdoa: Ya Allah! Berilah aku keafiatan dengan kekuasan-Mu dan masukkanlah aku ke dalam rahmat-Mu, dan ambillah nyawaku ketika dalam ketaatan kepada-Mu, dan akhirilah hidupku dengan amal kebaikan dan jadikannya sebagai ganjaran syurga. [Riwayat Ibn Asakir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7143].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman