Akan tiba masanya pada umatku terdapat ramai qurra', sedikit para fuqaha', tercabutnya ilmu dan banyak kejadian al-haraj

TEKS BAHASA ARAB

سيأتي على أمتي زمان تكثر فيه القراء، وتقل الفقهاء، ويقبض العلم، ويكثر الهرج، قالوا: وما الهرج يا رسول الله؟ قال: القتل بينكم، ثم يأتي بعد ذلك زمان يقرأ القرآن رجال لا يجاوز تراقيهم، ثم يأتي من بعد ذلك زمان يجادل المنافق والكافر المشرك بالله المؤمن بمثل ما يقول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan tiba masanya pada umatku terdapat ramai qurra’ (pembaca al-Qur’an), sedikit para fuqaha’, tercabutnya ilmu dan banyak kejadian al-haraj. Mereka bertanya: Apakah itu al-Haraj, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Pembunuhan sesama sendiri. Kemudian akan tiba satu masa, terdapat pembaca al-Qur’an tapi bacaaanya tidak melepasi kerongkong mereka. Kemudian setelah itu akan tiba satu masa di mana orang munafiq dan kafir yang musyrik akan berdebat dengan orang beriman tentang Allah sepertimana yang dia katakan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1267, hadis nombor 6478. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن الرسول الله صلى الله عليه وسلم قال: سيأتي على أمتي زمان تكثر فيه القراء، وتقل الفقهاء، ويقبض العلم، ويكثر الهرج، قالوا: وما الهرج يا رسول الله؟ قال: القتل بينكم، ثم يأتي بعد ذلك زمان يقرأ القرآن رجال لا يجاوز تراقيهم، ثم يأتي من بعد ذلك زمان يجادل المنافق والكافر المشرك بالله المؤمن بمثل ما يقول.
[ك، ((الضعيفة)) (3712)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Akan tiba masanya pada umatku terdapat ramai qurra’ (pembaca al-Qur’an), sedikit para fuqaha’, tercabutnya ilmu dan banyak kejadian al-haraj. Mereka bertanya: Apakah itu al-Haraj, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Pembunuhan sesama sendiri. Kemudian akan tiba satu masa, terdapat pembaca al-Qur’an tapi bacaaanya tidak melepasi kerongkong mereka. Kemudian setelah itu akan tiba satu masa di mana orang munafiq dan kafir yang musyrik akan berdebat dengan orang beriman tentang Allah sepertimana yang dia katakan.
[Riwayat Mustadrak al-Ḥākim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3712]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs