Akan terlerai ikatan Islam satu persatu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، وليكونن أئمة مضلون، وليخرجن على إثر ذلك الدجالون الثلاثة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan terlerai ikatan Islam satu persatu, akan munculnya pemimpin yang menyesatkan dan akan keluar tidak lama kemudian tiga orang pendusta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1338, hadis nombor 6838. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: كنت في الحطيم مع حذيفة فذكر حديثا، ثم قال: لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، وليكونن أئمة مضلون، وليخرجن على إثر ذلك الدجالون الثلاثة. وقال: قلت: يا أبا عبد الله! قد سمعت هذا الذي تقول من رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قال: نعم.
[ك، ((الضعيفة)) (4302)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Aku berada di al-Hatim bersama Huzaifah, lalu beliau pun menyebutkan hadith, kemudian beliau berkata: Akan terlerai ikatan Islam satu persatu, akan munculnya pemimpin yang menyesatkan dan akan keluar tidak lama kemudian tiga orang pendusta. Lalu Ibn ‘Umar berkata: Aku berkata kepadanya: Wahai Abu ‘Abdullah! Adakah kamu telah mendengar kata-kata yang kamu ucapkan ini daripada Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Ya.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4302]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.