Akan sentiasa ada unta untuk para syaitan dan akan ada rumah-rumah untuk syaitan

TEKS BAHASA ARAB

تكون إبل للشياطين، وبيوت للشياطين، فأما إبل الشياطين، فقد رأيتها، يخرج أحدكم بجنيبات معه قد أسمنها، فلا يعلو بعيرا منها، ويمر بأخيه قد انقطع به، فلا يحمله. وأما بيوت الشياطين، فلم أرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan sentiasa ada unta untuk para syaitan dan akan ada rumah-rumah untuk syaitan. Adapun unta syaitan itu maka aku telah melihatnya. Salah seorang daripada kalian keluar membawa bersama unta-unta terpilih yang telah dia gemukkan, lalu dia melintasi saudaranya yang kehabisan bekalan, namun tidak pula menumpangkannya. Adapun rumah-rumah syaitan pula, aku belum menyaksikannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 983, hadis nombor 5069. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((تكون إبل ‌للشياطين، وبيوت ‌للشياطين، فأما إبل الشياطين، فقد رأيتها، يخرج أحدكم بجنيبات معه قد أسمنها، فلا يعلو بعيرا منها، ويمر بأخيه قد انقطع به، فلا يحمله. وأما بيوت الشياطين؛ فلم أرها)). [د، ((الضعيفة)) (2303)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: ((Akan sentiasa ada unta untuk para syaitan dan akan ada rumah-rumah untuk syaitan. Adapun unta syaitan itu maka aku telah melihatnya. Salah seorang daripada kalian keluar membawa bersama unta-unta terpilih yang telah dia gemukkan, lalu dia melintasi saudaranya yang kehabisan bekalan, namun tidak pula menumpangkannya. Adapun rumah-rumah syaitan pula, aku belum menyaksikannya)). [Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.2303]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.