Akan sampai kepada kamu hadith daripadaku

TEKS BAHASA ARAB

ستبلغكم عني أحاديث، فاعرضوها على القرآن، فما وافق القرآن فالزموه، وما خالف القرآن فارفضوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan sampai kepada kamu hadith daripadaku, maka bentangkanlah ia terhadap al-Qur’an, mana-mana hadith yang menepati al-Qur’an maka lazimilah dan mana-mana hadith yang bercanggah dengan al-Qur’an maka tolaklah.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1239, hadis nombor 6315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن الحسن، قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ستبلغكم عني أحاديث، فاعرضوها على القرآن، فما وافق القرآن فالزموه، وما خالف القرآن فارفضوه.
[الهروي في ((ذم الكلام))، ((الضعيفة)) (1089)]

(Sangat Lemah)
Daripada al-Hasan, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Akan sampai kepada kamu hadith daripadaku, maka bentangkanlah ia terhadap al-Qur’an, mana-mana hadith yang menepati al-Qur’an maka lazimilah dan mana-mana hadith yang bercanggah dengan al-Qur’an maka tolaklah.
[Riwayat al-Harawiy dalam Zam al-Kalam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1089]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.