Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ستَبْلُغُكم عني أحاديثُ، فاعرِضوها على القرآنِ، فما وافق القرآنَ فالزَموه، وما خالف القرآنَ فارفُضوه.
Teks Bahasa Melayu
Akan sampai kepada kamu hadith daripadaku, maka bentangkanlah ia terhadap al-Qur'an, mana-mana hadith yang menepati al-Qur'an maka lazimilah dan mana-mana hadith yang bercanggah dengan al-Qur'an maka tolaklah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1239, hadis no. 6315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الحسن، قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ستبلغكم عني أحاديث، فاعرضوها على القرآن، فما وافق القرآن فالزموه، وما خالف القرآن فارفضوه. [الهروي في ((ذم الكلام))، ((الضعيفة)) (1089)]
(Sangat Lemah) Daripada al-Hasan, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Akan sampai kepada kamu hadith daripadaku, maka bentangkanlah ia terhadap al-Qur'an, mana-mana hadith yang menepati al-Qur'an maka lazimilah dan mana-mana hadith yang bercanggah dengan al-Qur'an maka tolaklah. [Riwayat al-Harawiy dalam Zam al-Kalam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1089]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman