Akan muncul selepasku fitnah yang dashyat

TEKS BAHASA ARAB

سيكون بعدي فتن شداد، خير الناس فيها مسلمو أهل البوادي؛ الذين لا يتندون من دماء الناس (وفي رواية: المسلمين)، ولا أموالهم شيئا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan muncul selepasku fitnah yang dashyat, sebaik-baik manusia padanya adalah orang islam yang merupakan orang badwi, yang tidak menumpahkan darah manusia (dalam riwayat: Orang islam) mahupun harta mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 813, hadis nombor 4194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الغادية المزني –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-: ((سيكون بعدي فتن شداد، خير الناس فيها مسلمو أهل البوادي؛ الذين لا يتندون من دماء الناس (وفي رواية: المسلمين)، ولا أموالهم شيئا)).
[طب، طس، وفي ((مسند الشاميين))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6155)].

(Lemah) Daripada Abu al-Ghadiah al-Muzani RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan muncul selepasku fitnah yang dashyat, sebaik-baik manusia padanya adalah orang islam yang merupakan orang badwi, yang tidak menumpahkan darah manusia (dalam riwayat: Orang islam) mahupun harta mereka.
[Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Awsat dan Musnad al-Syamiyyin, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6155]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs