Akan muncul pada akhir zaman di mana ulama menggalakkan manusia untuk menuju akhirat, tetapi dia sendiri tidak mahu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يكون في آخر الزّمان علماء يرغّبون النّاس في الآخرة ولا يرغبون، ويزهّدون النّاس في الدّنيا، ولا يزهدون، وينبسطون عند الكبراء وينقَبضون عند الفقَراء، وينهون عن غشيان الأمراء ولا ينتهون أولئك الجبارون عند الرحمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Akan muncul pada akhir zaman di mana ulama menggalakkan manusia untuk menuju akhirat, tetapi dia sendiri tidak mahu. Menyeru manusia supaya zuhud di dunia, tetapi dia tidak zuhud, mendampingi para pembesar, mengambil kesempatan terhadap orang yang fakir, melarang daripada bersekongkol dengan pemimpin, tetapi dia tidak melakukannya. Mereka ada orang yang angkuh di sisi Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 290, hadis nombor 64. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: نوح بن أبي مريم. أحد المشهورين بالكذب.


Pada sanad hadith ini ada Nuh bin Abi Maryam salah seorang yang terkenal sebagai pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs