Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُلَمَاءُ يُرَغِّبُونَ النَّاسَ فِي الآخِرَةِ، وَلا يَرْغَبُونَ، وَيُزَهِّدُونَ النَّاسَ فِي الدُّنْيَا، وَلا يَزْهَدُونَ، وَيَنْبَسِطُونَ عِنْدَ الْكُبَرَاءِ وَيَنْقَبِضُونَ عِنْدَ الْفُقَرَاءِ، وَيَنْهَوْنَ عَنْ غَشَيَانِ الأُمَرَاءِ وَلا يَنْتَهُونَ، أُولَئِكَ الجبارون عند الرحمن.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Akan muncul pada akhir zaman di mana ulama menggalakkan manusia untuk menuju akhirat, tetapi dia sendiri tidak mahu. Menyeru manusia supaya zuhud di dunia, tetapi dia tidak zuhud, mendampingi para pembesar, mengambil kesempatan terhadap orang yang fakir, melarang daripada bersekongkol dengan pemimpin, tetapi dia tidak melakukannya. Mereka ada orang yang angkuh di sisi Allah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 290, hadis no. 64. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده: نوح بن أبي مريم. أحد المشهورين بالكذب.
Pada sanad hadith ini ada Nuh bin Abi Maryam salah seorang yang terkenal sebagai pendusta.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman