Akan lahir daripada anakku ini seorang anak yang dipanggil Ali

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه دخل الحسين بن علي على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فضمه وأقعده إلى جنبه. فقال: يولد لابني هذا ابن يقال له: علي إذا كان يوم القيامة نادى مناد من بطنان العرش. ألا ليقم سيد العابدين. فيقوم هو، ويولد له ابن يقال له: محمد إذا رأيته يا جابر فأقرأ عليه السلام. واعلم أن بقاءك بعد ذلك اليوم قليل، فما لبث جابر بعد ذلك إلا بضعة عشر يوما حتى توفي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawa al-Husain bin Ali masuk berjumpa Rasulullah SAW lalu Nabi memeluknya dan mendudukkannya di sisinya. Nabi bersabda: Akan lahir daripada anakku ini seorang anak yang dipanggil Ali. Apabila tiba hari kiamat suatu suara dari tengah Arasy memanggil. Tidakkah ketua bagi para hamba bangun? Lalu dia bangun dan dia ada seorang anak yang dipanggil Muhammad. Jika kamu melihatnya wahai Jabir maka sampaikanlah salam kepadanya. Ketahuilah bahawa kamu hanya akan hidup (untuk masa yang) singkat selepas daripada hari itu. Maka Jabir hanya hidup untuk beberapa belas hari selepas daripada itu, kemudian dia wafat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 418, hadis nombor 181. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: محمد بن زكريا الغلابي، وهو المتهم به، وقال ابن الجوزي: موضوع. وقد رواه ابن عساكر عن جابر مرفوعا.

Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Zakariya al-Ghalabi, seorang yang dituduh memalsukan hadith. Ibn al-Jauzi berkata: Ia palsu. Ia diriwayatkan juga oleh Ibn Asakir daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs