Akan keluar suara yang keras dan kuat di bulan Ramadan, membangkitkan orang yang tidur

TEKS BAHASA ARAB

تكون هدة في شهر رمضان توقظ النائم وتفزع اليقظان ثم تظهر عصابة في شوال ثم تكون معمعة في ذي القعدة ثم يسلب الحاج في ذي الحجة ثم تنتهك المحارم في المحرم ثم يكون موت في صفر ثم تتنازع القبائل في الربيع ثم العجب كل العجب، بين جمادى ورجب ثم ناقة مقتبة خير من دسكرة، تقل مائة ألف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan keluar suara yang keras dan kuat di bulan Ramadan, membangkitkan orang yang tidur, manakala orang yang sedar akan terkejut. Kemudian musibah akan berlaku dalam bulan Syawal, kemudian akan terjadinya huru-hara pada bulan Zulkaedah, kemudian orang yang menunaikan haji akan dirompak pada bulan Zulhijah, kemudian apa yang telah diharamkan akan dilanggar hukumnya pada bulan Muharam, kemudian akan terjadi kematian pada bulan Safar. Kemudian berlakunya perselisihan antara kabilah dalam dua bulan Rabiul (Rabiulawal dan Rabiulakhir), kemudian berlaku perkara-perkara aneh (menakjubkan) di antara bulan Jamadil (Jamadilawal dan Jamadilakhir) dan Rejab, kemudian seekor unta berpelana lebih baik daripada sebuah istana yang mengandungi lebih kurang 100 ribu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1159, hadis nombor 5860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تكون هدَّةٌ في شهر رمضان توقِظُ النائم، وتُفزع اليقظان ثم تظهر عصابة في شوال ثم تكون معمعة في ذي القعدة ثم يُسلب الحاج في ذي الحجة ثم تنتهك المحارم في المُحرم ثم يكون موت في صَفَرٍ ثم تتنازع القبائل في الربيع ثم العجب كل العجب بين جمادى ورجب ثم ناقة مُقْتَبَة خير من دَسْكَرةٍ تُقِلُّ مائة ألف. [نعيم بن حماد في الفتن، ك، أبو نعيم في أخبار أصبهان، الضعيفة (6178)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan keluar suara yang keras dan kuat di bulan Ramadan, membangkitkan orang yang tidur, manakala orang yang sedar akan terkejut. Kemudian musibah akan berlaku dalam bulan Syawal, kemudian akan terjadinya huru-hara pada bulan Zulkaedah, kemudian orang yang menunaikan haji akan dirompak pada bulan Zulhijah, kemudian apa yang telah diharamkan akan dilanggar hukumnya pada bulan Muharam, kemudian akan terjadi kematian pada bulan Safar. Kemudian berlakunya perselisihan antara kabilah dalam dua bulan Rabiul (Rabiulawal dan Rabiulakhir), kemudian berlaku perkara-perkara aneh (menakjubkan) di antara bulan Jamadil (Jamadilawal dan Jamadilakhir) dan Rejab, kemudian seekor unta berpelana lebih baik daripada sebuah istana yang mengandungi lebih kurang 100 ribu. [Riwayat Nu’aim bin Hammad dalam al-Fitan, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Abu Nu’aim dalam al-Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6178]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs