TEKS BAHASA ARAB
يخرج رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي، وخلقه خلقي، فيملؤها قسطا وعدلا، كما ملئت ظلما وجورا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Akan keluar seorang lelaki dari ahli baitku bertepatan namanya dengan namaku, akhlaknya seperti akhlakku, lalu dia memenuhkannya dengan keadilan, seperti mana ia dipenuhi dengan kezaliman.
STATUS
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 854, hadis nombor 4371. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: "وخلقه خلقي") عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((يخرج رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي، وخلقه خلقي، فيملؤها قسطا وعدلا، كما ملئت ظلما وجورا)). [البزار، طب، ((الضعيفة)) (6485)].
(Munkar dengan penambahan: "Dan akhlaknya seperti akhlakku")
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar seorang lelaki dari ahli baitku bertepatan namanya dengan namaku, akhlaknya seperti akhlakku, lalu dia memenuhkannya dengan keadilan, seperti mana ia dipenuhi dengan kezaliman.”
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6485].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.