Munkar Dengan Tambahan: Dan akhlaknya, akhlak aku
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي، وَخُلُقُهُ خُلُقِي، فَيَمْلَؤُهَا قِسْطاً وَعَدْلاً، كَمَا مُلِئَتْ ظُلْماً وَجَوْراً.
Teks Bahasa Melayu
Akan keluar seorang lelaki dalam kalangan ahli keluargaku yang namanya sama seperti nama aku. Akhlaknya seperti akhlak aku. Dia memenuhkan dunia dengan keadilan dan kesaksamaan seperti mana ia pernah dipenuhi dengan kezaliman dan dosa.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Tambahan: Dan akhlaknya, akhlak aku
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1945, hadis no. 9744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: وَخُلُقُهُ خُلُقِي) عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه: قال: قال رسول الله ﷺ: يَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي، وَخُلُقُهُ خُلُقِي، فَيَمْلَؤُهَا قِسْطاً وَعَدْلاً، كَمَا مُلِئَتْ ظُلْماً وَجَوْراً. [البزار، حب، طب، ((الضعيفة)) (6485)]
(Munkar Dengan Tambahan: Dan akhlaknya, akhlak aku) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan keluar seorang lelaki dalam kalangan ahli keluargaku yang namanya sama seperti nama aku. Dan akhlaknya, akhlak aku. Dia memenuhkan dunia dengan keadilan dan kesaksamaan seperti mana ia pernah dipenuhi dengan kezaliman dan dosa. [Riwayat Imam al-Bazzar dalam musnad al-Bahru Zihar dikeluarkan oleh Imam Ibn Hibban dan Imam Thabrani dalam al-Mu’jam Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6485]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman