Akan keluar seorang daripada ahli baitku yang beramal dengan sunnahku

TEKS BAHASA ARAB

 يَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يَعْمَلُ بِسُنَّتِي وَيَنْزِلُ اللهُ لَهُ الْبَرَكَةَ مِنَ السَّمَاءِ وَتُخْرِجُ لَهُ الأَرْضُ برَكَتَهَا وَيَمْلأُ الأَرْضُ عَدْلا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَيَعْمَلُ عَلَى هَذِهِ الأُمَّةِ سَبْعَ سِنِينَ وَيَنْزِلُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan keluar seorang daripada ahli baitku yang beramal dengan sunnahku, lalu Allah menurunkan barakah dari langit dan bumi untuknya. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman, ia akan terus berkeadaan demikian selama tujuh tahun, dan ia turun di Baitul Maqdis.

STATUS

Terdapat beberapa kelemahan dan berganjilan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Abu Nu’aim meriwayatkan daripada hadis Abi Sai’ed al-Khudri beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
يَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يَعْمَلُ بِسُنَّتِي وَيَنْزِلُ اللهُ لَهُ الْبَرَكَةَ مِنَ السَّمَاءِ وَتُخْرِجُ لَهُ الأَرْضُ برَكَتَهَا وَيَمْلأُ الأَرْضُ عَدْلا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَيَعْمَلُ عَلَى هَذِهِ الأُمَّةِ سَبْعَ سِنِينَ وَيَنْزِلُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ
“Akan keluar seorang daripada ahli baitku yang beramal dengan sunnahku, lalu Allah menurunkan barakah dari langit dan bumi untuknya. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman, ia akan terus berkeadaan demikian selama tujuh tahun, dan ia turun di Baitul Maqdis.”
Diriwayatkan juga daripada Abi Umamah, beliau berkata: “Rasulullah SAW mengkhabarkan kami tentang Dajjal, baginda bersabda:
فَتَنْفِي الْمَدِينَةُ الْخَبَثَ كَمَا يَنْفِى الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَيُدْعَى ذَلِكَ الْيَوْمُ يَوْمَ الْخَلَاصِ فَقَالَتْ أُمُّ شَرِيكٍ: فَأَيْنَ الْعَرَبُ يَا رَسُولَ اللهِ يَوْمَئِذٍ فَقَالَ هُمْ يَوْمَئِذٍ قَلِيلٌ وَجَلُّهُمْ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَمَامَهُمُ الْمَهْدِيُّ رَجُلٌ صَاِلحٌ
“Lalu Madinah dibersihkan daripada kotoran sepertimana penghembus yang membersihkan kotoron besi. Digelar hari tersebut dengan hari pembersihan (Yaumul Khalas). Ummu Syarik bertanya: ‘Di manakah orang Arab ketika itu?’ Baginda menjawab: ‘Mereka pada hari itu sedikit, kebanyakan mereka di Baitul Maqdis dan imam mereka al-Mahdi, seorang lelaki soleh.”
Diriwayatkan lagi daripada hadis Abdullah bin Abbas, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
لَنْ تَهْلَكَ أُمَّةٌ أَنَا فِي أَوَّلِهَا وَعِيسَى ابْنَ مَرْيَمْ وَالْمَهْدِي فِي وَسَطَهَا
“Tidak akan binasa umat ini sedangkan aku pada awalnya, dan Isa dan al-Mahdi di tengahnya.”
Hadis-hadis ini walaupun terdapat beberapa kelemahan dan berganjilan, tetapi ia menguatkan antara satu sama lain. Maka ini adalah pendapat ahli sunnah.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon