Akan keluar kepada anak Adam pada hari kiamat, tiga buah koleksi catatan

TEKS BAHASA ARAB

يخرج لابن آدم يوم القيامة ثلاثة دواوين: ديوان فيه العمل الصالح، وديوان فيه ذنوبه، وديوان فيه النعم من الله، فيقول الله لأصغر نعمة – أحسبه قال – في ديوان النعم: خذي ثمنك من عمله الصالح. فتستوعب عمله الصالح كله، ثم تنحى وتقول: وعزتك! وعزتك! ما استوفيت، وتبقى الذنوب، والنعم، وقد ذهب العمل الصالح كله، فإذا أراد الله أن يرحم عبداً، قال: يا عبدي! قد ضاعفت لك حسناتك، وتجاوزت عن سيئاتك، – أحسبه قال: – ووهبت لك نعمي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan keluar kepada anak Adam pada hari kiamat, tiga buah koleksi catatan: Koleksi catatan yang terkandung padanya amal soleh, koleksi catatan yang terkandung padanya dosa-dosanya dan koleksi catatan yang terkandung padanya nikmat-nikmat daripada Allah. Lalu Allah berkata kepada nikmat-Nya yang paling kecil (aku beranggapan Nabi bersabda) dalam koleksi catatan nikmat-nikmat: Ambillah kamu bayaranmu daripada amalnya yang soleh! Lalu ia mengambil kesemua amalnya yang soleh, kemudian ia mengundurkan diri dan berkata: Demi keagungan-Mu! Demi keagungan-Mu! Aku belum mengambil (hak aku keseluruhannya). Hanya dosa-dosa dan nikmat-nikmat Allah yang tersisa, dan amal soleh telah berlalu kesemuanya. Sekiranya Allah menghendaki untuk menunjukkan belas kasih-Nya kepada seseorang hamba, Allah akan berkata: Wahai hamba-Ku! Aku telah melipatgandakan bagimu kebaikan-kebaikanmu, dan Aku mengampunkan kesalahan-kesalahanmu, (aku beranggapan Nabi berkata) dan Aku kurniakan kepadamu nikmat-nikmat-Ku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2064 hadis nombor 10371. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يخرج لابن آدم يوم القيامة ثلاثة دواوين: ديوان فيه العمل الصالح، وديوان فيه ذنوبه، وديوان فيه النعم من الله، فيقول الله لأصغر نعمة – أحسبه قال – في ديوان النعم: خذي ثمنك من عمله الصالح. فتستوعب عمله الصالح كله، ثم تنحى وتقول: وعزتك! وعزتك! ما استوفيت، وتبقى الذنوب، والنعم، وقد ذهب العمل الصالح كله، فإذا أراد الله أن يرحم عبداً، قال: يا عبدي! قد ضاعفت لك حسناتك، وتجاوزت عن سيئاتك، – أحسبه قال: – ووهبت لك نعمي.
[البزار، ((الضعيفة)) (6698)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan keluar kepada anak Adam pada hari kiamat, tiga buah koleksi catatan: Koleksi catatan yang terkandung padanya amal soleh, koleksi catatan yang terkandung padanya dosa-dosanya dan koleksi catatan yang terkandung padanya nikmat-nikmat daripada Allah. Lalu Allah berkata kepada nikmat-Nya yang paling kecil (aku beranggapan Nabi bersabda) dalam koleksi catatan nikmat-nikmat: Ambillah kamu bayaranmu daripada amalnya yang soleh! Lalu ia mengambil kesemua amalnya yang soleh, kemudian ia mengundurkan diri dan berkata: Demi keagungan-Mu! Demi keagungan-Mu! Aku belum mengambil (hak aku keseluruhannya). Hanya dosa-dosa dan nikmat-nikmat Allah yang tersisa, dan amal soleh telah berlalu kesemuanya. Sekiranya Allah menghendaki untuk menunjukkan belas kasih-Nya kepada seseorang hamba, Allah akan berkata: Wahai hamba-Ku! Aku telah melipatgandakan bagimu kebaikan-kebaikanmu, dan Aku mengampunkan kesalahan-kesalahanmu, (aku beranggapan Nabi berkata) dan Aku kurniakan kepadamu nikmat-nikmat-Ku.
[Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6698]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs