Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يخرجُ لابنِ آدمَ يومَ القيامةِ ثلاثةُ دواوينَ: ديوانٌ فيهِ العملُ الصالحُ، وديوان فيه ذنوبه، وديوانٌ فيهِ النِّعمُ من اللهِ، فيقولُ اللهُ لأصغرِ نعمِهِ – أحسبهُ قال – في ديوانِ النِّعمِ: خُذي ثمنَكِ من عملِه الصالحِ، فتستوعبُ عملَهُ الصالحَ كلَّهُ، ثم تُنَحَّى وتقولُ: وعزَّتِكَ! وعزَّتِكَ! ما استوفيتُ، وتَبْقى الذنوبُ، والنِّعمُ، وقد ذهبَ العملُ الصالحُ كلُّهُ، فإذا أرادَ اللهُ أن يرحمَ عبدًا، قال: يا عبدي! قد ضاعفتُ لكَ حسناتِكَ، وتجاوزتُ عن سيئاتِكَ، – أحسبهُ قال: – ووهبتُ لك نِعَمِي.
Teks Bahasa Melayu
Akan keluar kepada anak Adam pada hari kiamat, tiga buah koleksi catatan: Koleksi catatan yang terkandung padanya amal soleh, koleksi catatan yang terkandung padanya dosa-dosanya dan koleksi catatan yang terkandung padanya nikmat-nikmat daripada Allah. Lalu Allah berkata kepada nikmat-Nya yang paling kecil (aku beranggapan Nabi bersabda) dalam koleksi catatan nikmat-nikmat: Ambillah kamu bayaranmu daripada amalnya yang soleh! Lalu ia mengambil kesemua amalnya yang soleh, kemudian ia mengundurkan diri dan berkata: Demi keagungan-Mu! Demi keagungan-Mu! Aku belum mengambil (hak aku keseluruhannya). Hanya dosa-dosa dan nikmat-nikmat Allah yang tersisa, dan amal soleh telah berlalu kesemuanya. Sekiranya Allah menghendaki untuk menunjukkan belas kasih-Nya kepada seseorang hamba, Allah akan berkata: Wahai hamba-Ku! Aku telah melipatgandakan bagimu kebaikan-kebaikanmu, dan Aku mengampunkan kesalahan-kesalahanmu, (aku beranggapan Nabi berkata) dan Aku kurniakan kepadamu nikmat-nikmat-Ku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2064, hadis no. 10371. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan keluar kepada anak Adam pada hari kiamat, tiga buah koleksi catatan: Koleksi catatan yang terkandung padanya amal soleh, koleksi catatan yang terkandung padanya dosa-dosanya dan koleksi catatan yang terkandung padanya nikmat-nikmat daripada Allah. Lalu Allah berkata kepada nikmat-Nya yang paling kecil (aku beranggapan Nabi bersabda) dalam koleksi catatan nikmat-nikmat: Ambillah kamu bayaranmu daripada amalnya yang soleh! Lalu ia mengambil kesemua amalnya yang soleh, kemudian ia mengundurkan diri dan berkata: Demi keagungan-Mu! Demi keagungan-Mu! Aku belum mengambil (hak aku keseluruhannya). Hanya dosa-dosa dan nikmat-nikmat Allah yang tersisa, dan amal soleh telah berlalu kesemuanya. Sekiranya Allah menghendaki untuk menunjukkan belas kasih-Nya kepada seseorang hamba, Allah akan berkata: Wahai hamba-Ku! Aku telah melipatgandakan bagimu kebaikan-kebaikanmu, dan Aku mengampunkan kesalahan-kesalahanmu, (aku beranggapan Nabi berkata) dan Aku kurniakan kepadamu nikmat-nikmat-Ku. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6698]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman