Akan keluar daripada kedua pendeta itu (Quraizah dan Nadhir), seorang lelaki yang mempelajari al-Qur'an

TEKS BAHASA ARAB

سيخرج من الكاهنين رجل يدرس القرآن دراسة لا يدرسه أحد بعده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan keluar daripada kedua pendeta itu (Quraizah dan Nadhir), seorang lelaki yang mempelajari al-Qur’an dengan pelajaran yang tidak dipelajari oleh sesiapa pun selepasnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1355, hadis nombor 6915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبو موسى الأشعري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سيخرج من الكاهنين رجل يدرس القرآن دراسة لا يدرسه أحد بعده.
[الفسوي، ابن سعد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5496)]

(Lemah)
Daripada Abi Musa al-Ash’ari RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan keluar daripada kedua pendeta itu (Quraizah dan Nadhir), seorang lelaki yang mempelajari al-Qur’an dengan pelajaran yang tidak dipelajari oleh sesiapa pun selepasnya.
[Riwayat al-Fasawi, Ibn Sa’d, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5496]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs