Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيخرُجُ منَ الكاهِنينِ رجلٌ يدرُسُ القرآنَ دراسةً لا يدرسُهُ أحدٌ بعدَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Akan keluar daripada kedua pendeta itu (Quraizah dan Nadhir), seorang lelaki yang mempelajari al-Qur'an dengan pelajaran yang tidak dipelajari oleh sesiapa pun selepasnya.
Sahabat Perawi
- Abu Musa al-Ash'ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1355, hadis no. 6915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبو موسى الأشعري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سيخرج من الكاهنين رجل يدرس القرآن دراسة لا يدرسه أحد بعده. [الفسوي، ابن سعد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5496)]
(Lemah) Daripada Abi Musa al-Ash'ari RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan keluar daripada kedua pendeta itu (Quraizah dan Nadhir), seorang lelaki yang mempelajari al-Qur'an dengan pelajaran yang tidak dipelajari oleh sesiapa pun selepasnya. [Riwayat al-Fasawi, Ibn Sa'd, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5496]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman