Akan keluar daripada dua puak kahin (Quraizah dan Bani Nadhir) seorang lelaki yang mengajar al-Quran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سيخرج من الكاهِنين رجلٌ يدرس القرآنَ دراسةً لا يدرسُه أحدٌ بعده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan keluar daripada dua puak kahin (Quraizah dan Bani Nadhir) seorang lelaki yang mengajar al-Quran dengan pelajaran yang tidak ada seseorang pun yang mengajar sepertinya selepas daripada itu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1554, hadis nombor 7878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي موسى الأشعري -رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((سَيَخْرُجُ مِنْ (الْكَاهِنَيْنِ) رَجُلٌ يدرس الْقُرْآنَ دِرَاسَةً لَا يدرسهَا أَحَدٌ يَكُونُ بَعْدَهُ)) [حم، البزار، ابن سعد، الفساوي، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6328)]

(Munkar)
Daripada Abu Musa al-Ash’ari RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Akan keluar daripada dua puak kahin (Quraizah dan Bani Nadhir) seorang lelaki yang mengajar al-Quran dengan pelajaran yang tidak ada seseorang pun yang mengajar sepertinya selepas daripada itu.”
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, al-Bazzar, Ibn Sa’ad, al-Fasawi, al-Tabarani dalam al-Kabir dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6238]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.