Akan hilang tanah-tanah bumi kesemuanya pada hari kiamat melainkan masjid-masjid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تذهب الأرضون كلها يوم القيامة إلا المساجد؛ فإنها تنضم بعضها إلى بعض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan hilang tanah-tanah bumi kesemuanya pada hari kiamat melainkan masjid-masjid; kerana sesungguhnya ia (tanah-tanah masjid itu) akan bercantum, sebahagiannya dengan sebahagian yang lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 350, hadis nombor 1848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((تذهب الأرضون كلها يوم القيامة إلا المساجد؛ فإنها تنضم بعضها إلى بعض)).
[طس، ((الضعيفة)) (765)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan hilang tanah-tanah bumi kesemuanya pada hari kiamat melainkan masjid-masjid; kerana sesungguhnya ia (tanah-tanah masjid itu) akan bercantum, sebahagiannya dengan sebahagian yang lain.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 765]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.