Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ستُفْتَحُ عليكم الآفاقُ، وستُفْتَحُ عليكم مدينَةٌ يقالُ لها: (قَزْوينَ)، مَنْ رابَطَ فيها أربعينَ يومًا أوْ أربعينَ ليلَةً؛ كان لَهُ فِي الجنةِ عمودٌ مِنْ ذَهَبٍ، عليه زَبَرْجدَةٍ خضراءَ، عليها قُبَّةٌ من ياقوتَةٍ حمراءَ، لها سبعونَ ألفَ مصراعٍ مِنْ ذهبٍ، على كلِّ مصراعٍ زوجَةٌ مِنَ الحورِ العينِ.
Teks Bahasa Melayu
Akan ditaklukkan bagi kalian wilayah-wilayah dan akan ditaklukkan bagi kalian kota yang disebut sebagai Qazwin. Barang siapa yang berjaga di sempadannya selama empat puluh hari atau empat puluh malam, maka dia akan mendapat tiang-tiang daripada emas di syurga yang dihiasi dengan batu-batu permata hijau yang di atasnya terdapat kubah yang diperbuat daripada permata merah, ia memiliki tujuh puluh ribu pintu yang diperbuat daripada emas dan di setiap pintu terdapat seorang isteri daripada bidadari.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1781, hadis no. 8960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan ditaklukkan bagi kalian wilayah-wilayah dan akan ditaklukkan bagi kalian kota yang disebut sebagai Qazwin. Barang siapa yang berjaga di sempadannya selama empat puluh hari atau empat puluh malam, maka dia akan mendapat tiang-tiang daripada emas di syurga yang dihiasi dengan batu-batu permata hijau yang di atasnya terdapat kubah yang diperbuat daripada permata merah, ia memiliki tujuh puluh ribu pintu yang diperbuat daripada emas dan di setiap pintu terdapat seorang isteri daripada bidadari. [Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn, al-Mizzī dalam Tahdhīb al-Kamāl, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 371]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman