Akan disediakan mimbar emas buat para nabi untuk mereka duduk di atasnya, namun tinggal mimbarku yang aku tidak duduk di atasnya

TEKS BAHASA ARAB

يوضع للأنبياء منابر من ذهب يجلسون عليها، ويبقى منبري لا أجلس عليه – أو قال: لا أقعد عليه – قائما بين يدي ربي، منتصبا بأمتي؛ مخافة أن يبعث بي إلى الجنة وتبقى أمتي بعدي، فأقول: یا رب! أمتي أمتي! فيقول الله – تعالى -: یا محمد! ما تريد أن أصنع بأمتك؟ فأقول: يا رب! عجل حسابهم؛ فيدعی بهم، فيحاسبون، فمنهم من يدخل الجنة برحمة الله، ومنهم من يدخل الجنة بشفاعتي، فما أزال أشفع حتى أعطی صکاکا برجال قد بعث بهم إلى النار، حتى إن مالكا خازن النار ليقول: يا محمد! ما تركت لغضب ربك من أمتك نقمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan disediakan mimbar emas buat para nabi untuk mereka duduk di atasnya, namun tinggal mimbarku yang aku tidak duduk di atasnya (ada riwayat lain yang menggunakan lafaz duduk yang lain), dalam keadaan aku berdiri di hadapan Tuhanku, tegak bersama umatku. Kerana takut aku akan dihantar ke syurga sedangkan umatku tertinggal di belakangku. Maka aku bersabda: “Wahai Tuhanku, umatku, umatku!”. Maka Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad, apa yang engkau mahu Aku lakukan kepada umatmu?”. Maka aku bersabda: “Wahai Tuhanku, percepatkanlah hitungan mereka.” Maka mereka pun diseru dan dihitung. Maka ada daripada mereka yang masuk syurga dengan rahmat Allah. Ada juga daripada mereka yang masuk syurga dengan syafaatku. Aku tidak berhenti memberikan syafaat, sehingga aku memberikan jaminan kepada sejumlah lelaki yang telah dikirim ke api neraka. Sampailah Malik, penjaga neraka akan berkata: “Wahai Muhammad, kamu tidak tinggalkan buat kemurkaan Tuhanmu satu balasan azab pun kepada umatmu”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 515, hadis nombor 2738. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنها -: «يوضع للأنبياء منابر من ذهب يجلسون عليها، ويبقى منبري لا أجلس عليه – أو قال: لا أقعد عليه – قائما بين يدي ربي، منتصبا بأمتي؛ مخافة أن يبعث بي إلى الجنة وتبقى أمتي بعدي، فأقول: یا رب! أمتي أمتي! فيقول الله – تعالى -: یا محمد! ما تريد أن أصنع بأمتك؟ فأقول: يا رب! عجل حسابهم؛ فيدعی بهم، فيحاسبون، فمنهم من يدخل الجنة برحمة الله، ومنهم من يدخل الجنة بشفاعتي، فما أزال أشفع حتى أعطی صکاکا برجال قد بعث بهم إلى النار، حتى إن مالكا خازن النار ليقول: يا محمد! ما تركت لغضب ربك من أمتك نقمة». [طب، طس، ((الضعيفة)) (5013)].

(Lemah) Daripada Ibnu Abbas RA: Akan disediakan mimbar emas buat para nabi untuk mereka duduk di atasnya, namun tinggal mimbarku yang aku tidak duduk di atasnya (ada riwayat lain yang menggunakan lafaz duduk yang lain), dalam keadaan aku berdiri di hadapan Tuhanku, tegak bersama umatku. Kerana takut aku akan dihantar ke syurga sedangkan umatku tertinggal di belakangku. Maka aku bersabda: “Wahai Tuhanku, umatku, umatku!”. Maka Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad, apa yang engkau mahu Aku lakukan kepada umatmu?”. Maka aku bersabda: “Wahai Tuhanku, percepatkanlah hitungan mereka.” Maka mereka pun diseru dan dihitung. Maka ada daripada mereka yang masuk syurga dengan rahmat Allah. Ada juga daripada mereka yang masuk syurga dengan syafaatku. Aku tidak berhenti memberikan syafaat, sehingga aku memberikan jaminan kepada sejumlah lelaki yang telah dikirim ke api neraka. Sampailah Malik, penjaga neraka akan berkata: “Wahai Muhammad, kamu tidak tinggalkan buat kemurkaan Tuhanmu satu balasan azab pun kepada umatmu”. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5013].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs