Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Akan disediakan mimbar emas buat para nabi untuk mereka duduk di atasnya, namun tinggal mimbarku yang aku tidak duduk di atasnya

Teks Bahasa Arab

يُوضَعُ للأنبياءِ مَنابرُ من ذهبٍ يجلسونَ عليها، ويَبْقَى مِنْبَرِي لا أجلسُ عليه - أو قال: لا أَقْعُدُ عليه - قائمًا بين يَدَيْ ربي، منتصِبًا بأمتي؛ مَخافةَ أن يَبْعَثَ بي إلى الجنةِ وتَبْقَى أمتي بعدي، فأقولُ: يا ربِّ! أمتي أمتي! فيقولُ اللهُ - تعالى -: يا مُحَمَّدُ! ما تريدُ أن أصنعَ بأمتِكَ؟ فأقولُ: يا ربِّ! عَجِّلْ حسابَهم؛ فيُدْعَى بهم، فيُحاسَبُونَ، فمنهم مَن يدخلُ الجنةَ برحمةِ اللهِ، ومنهم مَن يدخلُ الجنةَ بشفاعتي، فما أزالُ أشفعُ حتى أُعْطَى صِكَاكًا برجالٍ قد بُعَثُ بهم إلى النارِ، حتى إن مالكًا خازنَ النارِ ليقولُ: يا مُحَمَّدُ! ما تَرَكْتَ لغضبِ ربِّكَ من أمتِكَ من نِقْمَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Akan disediakan mimbar emas buat para nabi untuk mereka duduk di atasnya, namun tinggal mimbarku yang aku tidak duduk di atasnya (ada riwayat lain yang menggunakan lafaz duduk yang lain), dalam keadaan aku berdiri di hadapan Tuhanku, tegak bersama umatku. Kerana takut aku akan dihantar ke syurga sedangkan umatku tertinggal di belakangku. Maka aku bersabda: "Wahai Tuhanku, umatku, umatku!". Maka Allah SWT berkata: "Wahai Muhammad, apa yang engkau mahu Aku lakukan kepada umatmu?". Maka aku bersabda: "Wahai Tuhanku, percepatkanlah hitungan mereka." Maka mereka pun diseru dan dihitung. Maka ada daripada mereka yang masuk syurga dengan rahmat Allah. Ada juga daripada mereka yang masuk syurga dengan syafaatku. Aku tidak berhenti memberikan syafaat, sehingga aku memberikan jaminan kepada sejumlah lelaki yang telah dikirim ke api neraka. Sampailah Malik, penjaga neraka akan berkata: "Wahai Muhammad, kamu tidak tinggalkan buat kemurkaan Tuhanmu satu balasan azab pun kepada umatmu".

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 515, hadis no. 2738.

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنها -: «يوضع للأنبياء منابر من ذهب يجلسون عليها، ويبقى منبري لا أجلس عليه - أو قال: لا أقعد عليه - قائما بين يدي ربي، منتصبا بأمتي؛ مخافة أن يبعث بي إلى الجنة وتبقى أمتي بعدي، فأقول: یا رب! أمتي أمتي! فيقول الله - تعالى -: یا محمد! ما تريد أن أصنع بأمتك؟ فأقول: يا رب! عجل حسابهم؛ فيدعی بهم، فيحاسبون، فمنهم من يدخل الجنة برحمة الله، ومنهم من يدخل الجنة بشفاعتي، فما أزال أشفع حتى أعطی صکاکا برجال قد بعث بهم إلى النار، حتى إن مالكا خازن النار ليقول: يا محمد! ما تركت لغضب ربك من أمتك نقمة». [طب، طس، ((الضعيفة)) (5013)].

Akan disediakan mimbar emas buat para nabi untuk mereka duduk di atasnya, namun tinggal mimbarku yang aku tidak duduk di atasnya (ada riwayat lain yang menggunakan lafaz duduk yang lain), dalam keadaan aku berdiri di hadapan Tuhanku, tegak bersama umatku. Kerana takut aku akan dihantar ke syurga sedangkan umatku tertinggal di belakangku. Maka aku bersabda: "Wahai Tuhanku, umatku, umatku!". Maka Allah SWT berkata: "Wahai Muhammad, apa yang engkau mahu Aku lakukan kepada umatmu?". Maka aku bersabda: "Wahai Tuhanku, percepatkanlah hitungan mereka." Maka mereka pun diseru dan dihitung. Maka ada daripada mereka yang masuk syurga dengan rahmat Allah. Ada juga daripada mereka yang masuk syurga dengan syafaatku. Aku tidak berhenti memberikan syafaat, sehingga aku memberikan jaminan kepada sejumlah lelaki yang telah dikirim ke api neraka. Sampailah Malik, penjaga neraka akan berkata: "Wahai Muhammad, kamu tidak tinggalkan buat kemurkaan Tuhanmu satu balasan azab pun kepada umatmu".

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.