TEKS BAHASA ARAB
حديث: سيكذبن علي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Akan didustakan keatasku.
STATUS
Tidak Ditemui Dengan Lafaz Tersebut
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 99-100, hadis nombor 260. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن الملقن في تخريج البيضاوي: لم أره كذلك. نعم ورد: يكون في آخر الزمان دجالون كذابون.
Ibn al-Mulaqqin berkata di dalam Takhrij al-Baidhawi: Aku tidak menemukan hadith ini sedemikian. Benar, warid dengan lafaz: Pada akhir zaman akan ada para dajjal kaki dusta.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.