Akan didatangkan segala kebaikan dan kejahatan seorang hamba pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

یؤتی بحسنات العبد وسيئاته، فيقتص بعضها ببعض، فإن بقيت حسنة؛ وسع الله له في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan didatangkan segala kebaikan dan kejahatan seorang hamba pada hari kiamat. Lalu sebahagiannya akan dipangkas dengan sebahagian yang lain. Sekiranya kebaikannya berbaki, Allah akan memperluaskan untuknya di syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 515, hadis nombor 2737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «یؤتی بحسنات العبد وسيئاته، فيقتص بعضها ببعض، فإن بقيت حسنة؛ وسع الله له في الجنة». [تخ، ابن جریر، طب، ((الضعيفة)) (5430)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Akan didatangkan segala kebaikan dan kejahatan seorang hamba pada hari kiamat. Lalu sebahagiannya akan dipangkas dengan sebahagian yang lain. Sekiranya kebaikannya berbaki, Allah akan memperluaskan untuknya di syurga. [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārikh, Ibn Jarīr dalam Tafsirnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5430].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.