Akan dibunuh di 'Azra' sekumpulan orang

TEKS BAHASA ARAB

سيقتل بعذراء ناس، يغضب الله لهم وأهل السماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan dibunuh di ‘Azra’ sekumpulan orang yang mana Allah dan penduduk langit murka kerana (kematian) mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1931, hadis nombor 9687. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الأسود قال: دخل معاوية على عائشة فقالت: ما حملك على قتل أهل (عذراء): حُجر وأصحابه؟ فقال: يا أمَّ المؤمنين! إني رأيت قتلهم صلاحاً للأمة، وبقاءهم فساداً للأمة. فقالت: سمعت رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول: سيُقْتَلُ بـ (عذراءَ) ناسٌ يَغْضَبُ اللُه لهم، وأهلُ السماءِ.
[البيهقي في ((دلائل النبوة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6324)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Aswad, beliau berkata: Muawiyah masuk bertemu Aisyah. Aisyah berkata: Apa yang menyebabkan kamu membunuh orang di ‘Azra’: Hujr dan para pengikutnya? Muawiyah berkata: Wahai Ummul Mukminin, saya berpandangan bahawa membunuh mereka adalah baik untuk umat dan membiarkan mereka hidup akan menyebabkan keburukan kepada umat. Aisyah berkata: Aku mendengar bahawa Rasulullah SAW bersabda: Akan dibunuh di ‘Azra’ sekumpulan orang yang mana Allah dan penduduk langit murka kerana (kematian) mereka.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah dan Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6324]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs