Akan dibentangkan amalan pada hari Isnin dan Khamis

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس، فمن مستغفر يغفر له، ومن تائب يتاب عليه، ويرد أهل الضغائن بضغائنهم حتى يتوبوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan dibentangkan amalan pada hari Isnin dan Khamis. (Amalan) daripada orang yang beristighfar, maka akan diampunkan buatnya. Daripada orang yang bertaubat akan diterima taubatnya. Dan akan dikembalikan segala dendam kesumat kepada golongan yang melakukannya sehinggalah mereka bertaubat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 158 hadis nombor 787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس، فمن مستغفر يغفر له، ومن تائب يتاب عليه، ويرد أهل الضغائن بضغائنهم حتى يتوبوا.
[طس، ((الضعيفة)) (6825)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Akan dibentangkan amalan pada hari Isnin dan Khamis. (Amalan) daripada orang yang beristighfar, maka akan diampunkan buatnya. Daripada orang yang bertaubat akan diterima taubatnya. Dan akan dikembalikan segala dendam kesumat kepada golongan yang melakukannya sehinggalah mereka bertaubat.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam Al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6825]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.