Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تُعرضُ الأعمالُ يومَ الاثنينِ والخميسِ فمن مُستغفرٍ يُغْفَرُ لهُ ومن تائبٍ يُتَابُ عليهِ ويُرَدُّ أهلُ الضغائنِ بضغائِنِهم حتى يتوبوا.
Teks Bahasa Melayu
Akan dibentangkan amalan pada hari Isnin dan Khamis. (Amalan) dari orang yang beristighfar, maka akan diampunkan buatnya. Dari orang yang bertaubat akan diterima taubatnya. Dan akan dikembalikan segala dendam kesumat kepada golongan yang melakukannya sehinggalah mereka bertaubat.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 158, hadis no. 787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس، فمن مستغفر يغفر له، ومن تائب يتاب عليه، ويرد أهل الضغائن [بضغائنهم] حتى يتوبوا)). [طس، ((الضعيفة)) (6825)]
(Daif) Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Akan dibentangkan amalan pada hari Isnin dan Khamis. (Amalan) dari orang yang beristighfar, maka akan diampunkan buatnya. Dari orang yang bertaubat akan diterima taubatnya. Dan akan dikembalikan segala dendam kesumat kepada golongan yang melakukannya sehinggalah mereka bertaubat”. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam Al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6825]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman