Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَوْمٌ مِنْ قُبُوْرِهِمْ؛ تَأَجَّجُ أَفْوَاهِهِمْ نَارَاً. فَقِيْلَ: مَنْ هُمْ؟ قَالَ: أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللهَ يَقُوْلُ: [إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا...]
Teks Bahasa Melayu
Akan dibangkitkan pada hari kiamat satu kaum dari kuburan mereka, dari mulut-mulut mereka keluar api yang menyala-nyala. Ketika ditanyakan kepada Baginda : Siapakah mereka? Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kamu memerhatikan firman Allah yang mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya...” [al-Nisa’: 101 hingga akhir ayat].
Sahabat Perawi
- Abu Barzah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1501, hadis no. 7657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abi Barzah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan dibangkitkan pada hari kiamat satu kaum dari kuburan mereka, dari mulut-mulut mereka keluar api yang menyala-nyala. Ketika ditanyakan kepada Baginda: Siapakah mereka? Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kamu memerhatikan firman Allah yang mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya...” [al-Nisa’: 101 hingga akhir ayat]. [Riwayat Abi Ya’la di dalam Musnadnya, Ibn Hibban di dalam Sahihnya dan al-Wahidi di dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5458].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman