Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Akan dibangkitkan kaum dari perkuburan mereka pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

يُبْعَثُ يومَ القيامةِ قومٌ من قبورِهم؛ تَأَجَّجُ أفواهُهُم نارًا. فقيل: مَن هم؟ قال: ألم تَرَ أن اللهَ يقولُ: {إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا} . . . الآية.

Teks Bahasa Melayu

Akan dibangkitkan kaum dari perkuburan mereka pada hari kiamat. Mulut-mulut mereka akan disambar oleh api. Ditanyakan: “Siapakah mereka itu?” Baginda SAW telah bersabda: “Tidakkah kamu melihat bahawa Allah SWT berfirman: {Sesungguhnya mereka yang memakan harta-harta anak yatim secara zalim sebenarnya mereka itu memakan api di dalam perut-perut mereka}.

Sahabat Perawi

  1. Abu Barzah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis no. 492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي برزة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم ناراً. فقيل: من هم؟ قال: ألم تر أن الله يقول: (إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلماً إنما يأكلون في بطونهم ناراً) ... الآية؟! [ع، حب، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (5458)]

(Palsu) Daripada Abū Barzah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Akan dibangkitkan kaum dari perkuburan mereka pada hari kiamat. Mulut-mulut mereka akan disambar oleh api. Ditanyakan: “Siapakah mereka itu?” Baginda SAW telah bersabda: “Tidakkah kamu melihat bahawa Allah SWT berfirman: {Sesungguhnya mereka yang memakan harta-harta anak yatim secara zalim sebenarnya mereka itu memakan api di dalam perut-perut mereka}. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, al-Wāḥidī dalam al-Wasīṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5458]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.