Akan datang zaman di mana manusia memukul hati-hati unta

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يوشك أن يضرب الناس أكباد الإبل يطلبون العلم؛ فلا يجدون أحدا أعلم من عالم المدينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang zaman di mana manusia memukul hati-hati unta (perumpamaan kepada bermusafir) untuk menuntut ilmu; dan mereka tidak akan dapati seorang pun yang lebih alim berbanding alim di kota Madinah (Malik bin Anas).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1888, hadis nombor 9508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((يوشك أن يضرب الناس أكباد الإبل يطلبون العلم؛ فلا يجدون أحدا أعلم من عالم المدينة)). [ت، حب، ك، هق، حم، أبو نصر المري في ((أخبار مالك بن أنس))، ابن المفضل المقدسي في ((الأربعين))، الرافعي، ((الضعيفة)) (4833)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA (disandarkan kepada Nabi SAW): “Akan datang zaman di mana manusia memukul hati-hati unta (perumpamaan kepada bermusafir) untuk menuntut ilmu; dan mereka tidak akan dapati seorang pun yang lebih alim berbanding alim di kota Madinah (Malik bin Anas).” [Riwayat al-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bayhaqi, Ahmad, ِAbu Nasr al-Murri dalam ((Akhbar Malik bin Anas)), Ibn al-Mufaddol al-Maqdisi dalam ((al-Arba’in)) dan al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4833]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.